Thursday 30 June 2011

Di Awal perkenalan.......

Aku mula mengenali CINTA sejak usiaku 18 tahun. Itu la detik permulaan aku mengenali seorang yang bernama LELAKI. Namun, hubungan yang kami jalin tidak kekal lama. Silih berganti sehinggala usiaku mencapai 25 tahun. Bermula dengan perasaan sebagai seorang kawan, bertukar kepada satu hubungan yang lebih khusus iaitu sebagai seorang 'KEKASIH. Baru aku kenal ape itu kasih, sayang, cinta... Rasa seperti dunia ni aku yang punya..Bahagianya....... Alahai..

Di awal perkenalan kami, aku hanya menganggap dia sebagai teman biasa. Dia sering berkongsi kisah hidupnya. Baru la aku tahu dia sedang menghadapi masalah yang begitu besar. Dia terpaksa berkahwin dalam keadaannya yang tidak bersedia. Atas alasan apa, tidak perlulah aku menceritakan di sini. Aku simpati dengan nasib hidupnya.

Boleh dikatakan setiap hari kami berjumpa. Mungkin kerana dek kekerapan itu perasaan aku mula berubah terhadapnya. Perasaan sayang mula timbul. Perasaan rindu yang membuak-buak jika tidak berjumpa dengannya walaupun dalam sehari. Tak keruan aku dibuatnya. Telefon bimbit tidak pernah sunyi. Ada je message dari dia.

Rupa-rupanya, aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga menyimpan perasaan terhadap aku. Namun apa makna perasaan itu sedangkan tidak lama lagi, dia akan menjadi suami orang. Biarlah perasaan itu singgah walau hanya sementara. Sebenarnya aku tidak merelakan pemergiannya untuk menikahi perempuan lain. Tapi aku tidak mampu untuk menghalang dia dari berbuat demikian.

Selama lebih kurang satu minggu aku tidak bertemu dengannya. Perasaan rindu semakin menebal. Risau jika dia sudah melupakan aku untuk selama-lamanya. 'Saya sayang awak,  saya cinta awak, saya rindu awak'... Perkataan itula yang aku jeritkan sekuat hati di dalam hati.

Akhirnya, dia balik KL juga dan kami berjumpa. Di situla aku mula mengaku yang aku sebenarnya tidak relakan dirinya berkahwin. Dia tergamam dan memberitahu bahawa, jika aku menghalangnya dari pergi dia mungkin tidak akan pergi. Yang membuatkan aku berharapan kembali, dia memberitahu bahawa, perkahwinan mereka tidak akan lama. Sejak itu, hubungan kami lebih rapat dan intim. Kami seperti belangkas. Aku merahsiakan hubungan aku dengan dia dari pengetahuan keluarga dek takut dihalang.

Hari yang paling aku tidak sabar menunggu adalah waktu hujung minggu. Sabtu atau ahad adalah hari pilihan kami untuk bersama. Hari untuk aku dan dia mencurahkan segala kasih-sayang. Kerana sayang dan cinta, akhirnya aku tewas dan terbuai dengan perasaan sebagai seorang isteri. Aku tidak kesah langsung pasal hubungan halal dan haram. Yang aku tahu, aku gembira saat bersamanya.

Setelah setahun menjalinkan hubungan, akhirnya kami membuat keputusan untuk bertunang. Bulan november adalah bulan pilihan dan dua tahun selepas itu kami berkahwin. Kini kami telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Bersambung~