Thursday 4 August 2011

Pengorbanan..................

Banyak pengorbanan yang telah aku lakukan demi dia. Sejak dari mula aku berkenalan dengan dia, sejak itu la banyak benda yang aku korbankan.

Aku sanggup korbankan diriku ini untuk dirinya. Walaupun aku tahu itu adalah perbuatan yang amat berdosa. Dek kerana cinta & sayang, aku lupa segalanya. Aku gadaikan maruahku untuk dia. Aku berani bersumpah bahawa, dialah satu-satunya insan yang aku cintai separuh mati. Mungkin kerana itu aku sanggup lakukan hal yang demikian.

Pengorbanan seperti wang ringgit seperti sudah biasa bagi aku. Suatu ketika dulu, dia pernah mengatakan yang dia telah hilangkan duit sewa rumah yang telah diberikan oleh kawan serumahnya sebanyak RM450. Aku dengan rela hati memberikan wang sebanyak itu kepadanya. Tidak pernah diganti sehingga ke hari ini..

Aku sering dimarahi oleh kedua orang tuaku di atas perkara yang aku lakukan seperti aku sering keluar rumah setiap hujung minggu, selalu balik lewat malam dan sebagainya.

Hutang bank yang telah aku buat atas pujukan dirinya untuk majlis Pertunangan kami. Kononnya dia akan bayar setiap bulan tetapi sehingga ke hari ini aku masih membayar bagi pihak dirinya. Boleh dikira hanya beberapa kali sahaja dia yang membuat pembayaran. Sewaktu perkahwinan kami juga begitu. Aku yang ke hulu- ke hilir mencarik pinjaman.

Nasib baik la gaji aku cukup untuk membayar segala hutang piutang. Bukan dia tidak membantu tetapi gaji yang dia dapat hanya cukup-cukup makan sahaja. Bukan niat aku untuk mengungkit tetapi kekadang aku terfikir, sampai bila aku kena tanggung semua ini seorang diri.

Sebenarnya aku tidak mengambil kisah tentang hutang. Hidup suami isteri harus tolong -menolong antara satu sama lain. Aku tahu, jauh disudut hatinya, dia memang ingin merubah kehidupan kami sekeluarga cuma rezeki belum tiba. Dia juga tidak pernah kisah pasal gajinya habis kepadaku. Aku selalu berdoa agar kehidupan kami akan berubah suatu masa nanti.
Amin..