Wednesday 9 November 2011

HUTANG

Aku mendapat panggilan dari salah sebuah Bank yang kami berhutang. Berkenaan jumlah tunggakkan yang telah memasuki 4 bulan. Orang itu memberitahu bahawa pihak bank akan menghantar surat saman beserta tarikh untuk aku hadirkan diri di mahkamah. Aku amat takut dengan ugutan daripada pihak mereka dan memaksa untuk aku membayar selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini. Aku telah memberitahu suamiku berkenaan hal demikian. Alangkah terperanjatnya aku apabila aku dimarahi suamiku. Dia tidak fikirkah semua ini adalah berpunca daripadanya? Dengan rasa tidak bersalah, aku pula yang terus dimarahi. Dia kata untuk apa aku memberitahu dia hal sedemikian sedangkan aku tidak menuruti apa yang diminta. Salahkah untuk aku mengadu masalah tersebut padanya?

Apa yang aku pinta adalah nasihat darinya bukan marah dia! Memang tidak adil aku rasakan. Tiada perasaan langsung dan tidak juga rasa bersalah! Mulut aku ini ringan sahaja untuk menceritakan masalah yang kami hadapi ini kepada kakak-kakaknya. Aku rasa tidak sanggup lagi untuk menanggung kesengsaraan ini seorang diri.

Ya Allah ya tuhanku, KAU kuatkanlah semangatku ini dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Aku amat menyesal dengan apa yang pernah aku lakukan dahulu.....

Sunday 30 October 2011

MENYESAL!!!!

Kami bergaduh lagi. Salahkah aku bertanya tentang duit kepunyaanku kepadanya? Terus dia naik marah. Elok mahu menghantarku ke Ofis terus dibatalkan angakara pertanyaan yang telah ku lemparkan padanya. Apa lagi la masalah kali ini. Aku fikir, dia telah berubah perangainya tapi semua harapan @ sangkaanku meleset! Duit gaji aku RM1k yang telah aku transferkan ke akaunnya sia-sia sahaja. Aku telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Aku yang bodoh dan buta kerana masih tidak masak dengan perangainya ituy. Sebenarnya duit sebanyak itu adalah untuk membayar segala hutang-piutang di bank. Semua itu adalah hutang dirinya. Aku yang cover setiap bulan. Kenapa la dia masih tidak bersyukur dengan ape yang telah aku lakukan?

Ibu telah mendengar pergaduhan antara kami pagi tadi. Dia sewenang-wenangnya menengking aku. Aku masih sabar dengan sikapnya. Aku sedih, kenapa la diriku diperlakukan seperti itu? Sungguh kasihan kepada anak aku kerana mempunyai seorang Ayah yang tidak bertanggungjawab. Dengan apa yang dia buat pada diriku pada hari ini, membuatkan aku hilang sabar. Dia main lepas tangan sahaja dengan apa yang berlaku.

Ya Allah ya tuhanku, adakah ini balasan yang patut aku terima di atas perbuatan ku yang lepas? Jika ya, aku redha' ya Allah, tapi Kau tolonglah berikan aku petunjuk dan hidayah, patutkah aku meminta CERAI darinya? atau masihkah Engkau ingin melihat aku bersama dengannya? Aku buntu Ya Allah...

Kenapa aku depertemukan dengan dirinya? Aku sungguh menyesal!!!

Thursday 20 October 2011

BERBAIK~

Hmm, aku tergelak kalau nak diingatkan balik cerita malam kelmarin. Tidak perlulah aku nak bercerita ape yang dia telah buat. Cukup aku katakan yang hubungan kami dalam masa seminggu ini kembali ok. Harap-harap akan berterusan sampai bila-bila. Amin~

Wednesday 12 October 2011

MUAK!!

Hanya tuhan sahaja tahu perasaan aku pada ketika ini. Malam tadi suamiku tidak pulang kerumah. Minggu lepas ada juga sekali dia tidak pulang. Aku tanya tido mana semalam? dia jawab, tertido dekat rumah kawan. Setahu aku, kawan dia tu duduk dengan mak bapak dia, masakan dia boleh tido situ kan..? Aku tahu dia berbohong. Tapi tidak mengapa. Aku rasakan aku ini lagi banyak bersabar dan mengalah dengan dia.

Baru-baru ini, dia ada membuat loan lagi tapi dengan menggunakan ic dan juga slip gaji aku. Pada mulanya aku fikir, loan bank tetapi aku tidak sangka yang dia buat pinjam dengan syarikat 'Peminjam wang Berlesan'. Aku fikir sama macam Ah long cuma syarikat ini mempunyai lesen. Pada mulanya aku enggan menuruti kemahuan dirinya tapi caranya seperti mengugut. Aku tidak ada pilihan lain dan akhirnya aku bersetuju.

Dengan tunai yang kami dapat dari syarikat berlesen itu, aku berpendapat bagus jika aku masukkan kesemua duit itu ke dalam ASB tetapi suamiku menuduh aku dengan mengatakan yang aku tidak mempercayai dirinya jika aku tinggalkan duit itu dirumah. Tidak pernah terlintas sedikitpun dalam fikiranku ini mengatakan bahawa suamiku ini seorang pencuri. Aku cuma tidak percaya akan dirinya setelah apa yang dia telah tunjukkan. Namun, dia ambil juga kesemua duit itu dan tidak pulang kerumah. Memang sah, dia akan habiskan duit berkenaan untuk berjudi. Aku penat sabar dengan apa yang dia buat.

Sebelum ini waktu aku dalam pantang, aku percaya pada dirinya dengan memberikan kad bank aku. Tetapi aku tidak tahu apa yang dia buat dengan duit berkenaan. Duit gajinya pun aku tidak pernah nampak. Malah kesemua barang kemasku dia pajakkan. Aku tidak tahu sampi bila barang kemas aku tu disana. Aku malu pada keluarga aku, adik aku. Aku memang rasa menyesal dan amat susah bila aku berkahwin dengannya. Perangai dia sikitpun tidak pernah berubah. Aku betul2 menyesal. Anak pun dier tidak ambil endah. 

Sekarang keluarga aku telah nmpak perangai sebenarnya. Aku sudah tidak mampu untuk sembunyikan lagi kesemua perbuatan dia. Apa yang aku fikir sekarang, kalau memang lepas ini jodoh kami tidak panjang, aku rela. Aku pasrah. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku. Bukan sebab aku mempunyai orang lain tapi demi masa depan aku dan juga anak aku. Sampai bila aku akan tanggung penderitaan ini. Aku ingin hidup bebas bukan bermakna bebas dari semua hal. Aku ingin keluar berjumpa kawan, dia tidak pernah bagi. Tapi bila dia, melepak sana sini, balik lewat mllm sampai tidak balik rumah, boleh pula?

Aku tunggu sahaja apa yang dia mahu buat. Berkenaan hutang yang selama ini aku yang tanggung, akan aku teruskan sampi habis kesemua hutang itu. Aku pasrah dengan apa yang berlaku.

Wednesday 28 September 2011

Panggilan Telefon

Jika seseorang itu tidak menelifon bukan bermaksud org itu tidak mengingati org lain. Ape yg jadi kepada diriku semalam mungkin boleh menjadi iktibar untuk rakan-rakan di luar sana.

Suami ku telah ke Johor untuk menghadiri temuduga semalam. Bertolak malam kelmarin dan pagi tadi baru sampi ke rumah. Sepanjang dia berada di sana, jarang sekali aku telifon. Bukan taknak tp aku berfikir juga takut mengganggu dirinya mahupun kawannya kerana suamiku tidak mempunyai telefon untuk dihubungi. Oleh sebab itu, tiap kali aku ingin bercakap dengan suamiku, aku harus mengganggu rakannya.

Aku tidak terfikir langsung pasal tidak menelifon itu akan menjadi satu isu. Sesampainya dia dirumah pagi tadi, kami gaduh dan dia ungkit, kenapa aku tidak menghubunginya pada waktu aku ingin pergi bekerja dan juga waktu pulang dari kerja. Alasan nya, dia telah menyuruh aku untuk menghubunginya pada waktu pulang dari tempat kerja. Walhal, aku sikit pun x teringat tentang ape yg di suruh itu. Bukan aku sengaja tp hakikatnya, mmg aku tidak dengar pesanan itu. Dengan mengambil contoh rakannya yg sering ditelefon bininya, dia mengatakan bahawa dia terasa dgn apa yg aku tunjukkan.

Bagi aku, sekiranya dia menginginkan aku untuk membuat sepeti itu, seharusnya dia yg memulakan. Ape yg aku nmpak, hanya aku sahaja yg perlu telefon, cari dia tp dia..?? dia balik kerja lambt langsung xbgthu kepada aku.  Aku yg macam tunggul kayu. Aku x pernah nk bangkitkan soal itu. Aku boleh bertolak ansur tapi kenapa dia tidak..?? Apekah dia telah mempunyai org lain dalam hidupnya..??

Thursday 4 August 2011

Pengorbanan..................

Banyak pengorbanan yang telah aku lakukan demi dia. Sejak dari mula aku berkenalan dengan dia, sejak itu la banyak benda yang aku korbankan.

Aku sanggup korbankan diriku ini untuk dirinya. Walaupun aku tahu itu adalah perbuatan yang amat berdosa. Dek kerana cinta & sayang, aku lupa segalanya. Aku gadaikan maruahku untuk dia. Aku berani bersumpah bahawa, dialah satu-satunya insan yang aku cintai separuh mati. Mungkin kerana itu aku sanggup lakukan hal yang demikian.

Pengorbanan seperti wang ringgit seperti sudah biasa bagi aku. Suatu ketika dulu, dia pernah mengatakan yang dia telah hilangkan duit sewa rumah yang telah diberikan oleh kawan serumahnya sebanyak RM450. Aku dengan rela hati memberikan wang sebanyak itu kepadanya. Tidak pernah diganti sehingga ke hari ini..

Aku sering dimarahi oleh kedua orang tuaku di atas perkara yang aku lakukan seperti aku sering keluar rumah setiap hujung minggu, selalu balik lewat malam dan sebagainya.

Hutang bank yang telah aku buat atas pujukan dirinya untuk majlis Pertunangan kami. Kononnya dia akan bayar setiap bulan tetapi sehingga ke hari ini aku masih membayar bagi pihak dirinya. Boleh dikira hanya beberapa kali sahaja dia yang membuat pembayaran. Sewaktu perkahwinan kami juga begitu. Aku yang ke hulu- ke hilir mencarik pinjaman.

Nasib baik la gaji aku cukup untuk membayar segala hutang piutang. Bukan dia tidak membantu tetapi gaji yang dia dapat hanya cukup-cukup makan sahaja. Bukan niat aku untuk mengungkit tetapi kekadang aku terfikir, sampai bila aku kena tanggung semua ini seorang diri.

Sebenarnya aku tidak mengambil kisah tentang hutang. Hidup suami isteri harus tolong -menolong antara satu sama lain. Aku tahu, jauh disudut hatinya, dia memang ingin merubah kehidupan kami sekeluarga cuma rezeki belum tiba. Dia juga tidak pernah kisah pasal gajinya habis kepadaku. Aku selalu berdoa agar kehidupan kami akan berubah suatu masa nanti.
Amin..

Monday 25 July 2011

Fed-up!!!

Selalu terdetik di kotak pemikiran aku, kenapa mesti Dia yang aku pilih sedangkan ramai lagi lelaki yang inginkan diriku. Takdir yang telah tentukan hidup aku mendapat pasangan seperti dia. Seorang yang panas baran, cemburu tak tentu pasal dan suka berprasangka buruk terhadap aku. Pernah dia tuduh aku ada affair dengan lelaki lain dan buat perkara yang tak senonoh dibelakang dia. Hinggakan semua kawan-kawan lelaki yang aku ada, dia fikir aku pernah jalinkan hubungan dengan mereka. Sesungguhnya, setelah aku bergelar isteri kepadanya, aku tidak pernah berkenalan apetah lagi menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Tapi mengapa susah untuk dia terima penjelasan dari aku? Jahat sangatkah aku ni?  Sampai satu tahap di mana, aku takut untuk bersuara kerana dek takut terpacul nama mana-mana lelaki.

Sesungguhnya aku tidak mengerti mengapa dia terlalu memikirkan perkara itu. Bagi aku, kalo dia betul-betul sayang akan aku, tidak seharusnya dia berprasangka buruk sehingga bole mencetuskan pergaduhan kan..?? Aku keluar lewat dari ofis, dia akan fikir aku lakukan kerja sampingan. Bila dia call, aku tak jawab atau lambat angkat pun dia dah fikir lain. Ape saja yang aku lakukan mesti menjadi tanda tanya kepada dia. Aku fed-up dengan semua ini. Kenapa mesti dia yang aku kahwini??

Dia kata aku degil, tidak pernah ikut ape yamg dia cakap. Tak pernah nak ingat ape yang dia pesan. Sengaja cari masalah. Semua salah aku. Itu aku, ini aku. Semua Aku...Kenapa Akuuuu??

Dia pun tak pernah nak jaga perasaan aku. Hal kecil kenapa dia nak ambil serius? Hidup suami isteri bukan mesti bertolak ansur ke? Bergaduh, boleh dikatakan hari-hari. Ada je isu yang berbangkit. Semua dia saja yang betul. Dia saja yang bagus.

Mungkin inilah balasan yang memang patut aku terima setelah ape yang telah aku lakukan dahulu. Aku terima jika jodoh kami tidak panjang. Aku pasrah dengan ape yang berlaku. Aku cuma malu pada keluarga aku. Hidup menumpang dirumah mereka, tapi perangai menantu...?? Aku dah naik rimas dengan semua ini. Ringan je mulut aku nak melawan tapi fikir dia husband dan ketua keluarga, aku diamkan saja.

Tidak pernah ke terlintas difikiran dia, tentang pengorbanan yang telah aku lakukan demi dia..?

Bersambung...