Monday 25 July 2011

Fed-up!!!

Selalu terdetik di kotak pemikiran aku, kenapa mesti Dia yang aku pilih sedangkan ramai lagi lelaki yang inginkan diriku. Takdir yang telah tentukan hidup aku mendapat pasangan seperti dia. Seorang yang panas baran, cemburu tak tentu pasal dan suka berprasangka buruk terhadap aku. Pernah dia tuduh aku ada affair dengan lelaki lain dan buat perkara yang tak senonoh dibelakang dia. Hinggakan semua kawan-kawan lelaki yang aku ada, dia fikir aku pernah jalinkan hubungan dengan mereka. Sesungguhnya, setelah aku bergelar isteri kepadanya, aku tidak pernah berkenalan apetah lagi menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Tapi mengapa susah untuk dia terima penjelasan dari aku? Jahat sangatkah aku ni?  Sampai satu tahap di mana, aku takut untuk bersuara kerana dek takut terpacul nama mana-mana lelaki.

Sesungguhnya aku tidak mengerti mengapa dia terlalu memikirkan perkara itu. Bagi aku, kalo dia betul-betul sayang akan aku, tidak seharusnya dia berprasangka buruk sehingga bole mencetuskan pergaduhan kan..?? Aku keluar lewat dari ofis, dia akan fikir aku lakukan kerja sampingan. Bila dia call, aku tak jawab atau lambat angkat pun dia dah fikir lain. Ape saja yang aku lakukan mesti menjadi tanda tanya kepada dia. Aku fed-up dengan semua ini. Kenapa mesti dia yang aku kahwini??

Dia kata aku degil, tidak pernah ikut ape yamg dia cakap. Tak pernah nak ingat ape yang dia pesan. Sengaja cari masalah. Semua salah aku. Itu aku, ini aku. Semua Aku...Kenapa Akuuuu??

Dia pun tak pernah nak jaga perasaan aku. Hal kecil kenapa dia nak ambil serius? Hidup suami isteri bukan mesti bertolak ansur ke? Bergaduh, boleh dikatakan hari-hari. Ada je isu yang berbangkit. Semua dia saja yang betul. Dia saja yang bagus.

Mungkin inilah balasan yang memang patut aku terima setelah ape yang telah aku lakukan dahulu. Aku terima jika jodoh kami tidak panjang. Aku pasrah dengan ape yang berlaku. Aku cuma malu pada keluarga aku. Hidup menumpang dirumah mereka, tapi perangai menantu...?? Aku dah naik rimas dengan semua ini. Ringan je mulut aku nak melawan tapi fikir dia husband dan ketua keluarga, aku diamkan saja.

Tidak pernah ke terlintas difikiran dia, tentang pengorbanan yang telah aku lakukan demi dia..?

Bersambung...

 

No comments:

Post a Comment