Wednesday 9 November 2011

HUTANG

Aku mendapat panggilan dari salah sebuah Bank yang kami berhutang. Berkenaan jumlah tunggakkan yang telah memasuki 4 bulan. Orang itu memberitahu bahawa pihak bank akan menghantar surat saman beserta tarikh untuk aku hadirkan diri di mahkamah. Aku amat takut dengan ugutan daripada pihak mereka dan memaksa untuk aku membayar selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini. Aku telah memberitahu suamiku berkenaan hal demikian. Alangkah terperanjatnya aku apabila aku dimarahi suamiku. Dia tidak fikirkah semua ini adalah berpunca daripadanya? Dengan rasa tidak bersalah, aku pula yang terus dimarahi. Dia kata untuk apa aku memberitahu dia hal sedemikian sedangkan aku tidak menuruti apa yang diminta. Salahkah untuk aku mengadu masalah tersebut padanya?

Apa yang aku pinta adalah nasihat darinya bukan marah dia! Memang tidak adil aku rasakan. Tiada perasaan langsung dan tidak juga rasa bersalah! Mulut aku ini ringan sahaja untuk menceritakan masalah yang kami hadapi ini kepada kakak-kakaknya. Aku rasa tidak sanggup lagi untuk menanggung kesengsaraan ini seorang diri.

Ya Allah ya tuhanku, KAU kuatkanlah semangatku ini dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Aku amat menyesal dengan apa yang pernah aku lakukan dahulu.....