Wednesday 12 October 2011

MUAK!!

Hanya tuhan sahaja tahu perasaan aku pada ketika ini. Malam tadi suamiku tidak pulang kerumah. Minggu lepas ada juga sekali dia tidak pulang. Aku tanya tido mana semalam? dia jawab, tertido dekat rumah kawan. Setahu aku, kawan dia tu duduk dengan mak bapak dia, masakan dia boleh tido situ kan..? Aku tahu dia berbohong. Tapi tidak mengapa. Aku rasakan aku ini lagi banyak bersabar dan mengalah dengan dia.

Baru-baru ini, dia ada membuat loan lagi tapi dengan menggunakan ic dan juga slip gaji aku. Pada mulanya aku fikir, loan bank tetapi aku tidak sangka yang dia buat pinjam dengan syarikat 'Peminjam wang Berlesan'. Aku fikir sama macam Ah long cuma syarikat ini mempunyai lesen. Pada mulanya aku enggan menuruti kemahuan dirinya tapi caranya seperti mengugut. Aku tidak ada pilihan lain dan akhirnya aku bersetuju.

Dengan tunai yang kami dapat dari syarikat berlesen itu, aku berpendapat bagus jika aku masukkan kesemua duit itu ke dalam ASB tetapi suamiku menuduh aku dengan mengatakan yang aku tidak mempercayai dirinya jika aku tinggalkan duit itu dirumah. Tidak pernah terlintas sedikitpun dalam fikiranku ini mengatakan bahawa suamiku ini seorang pencuri. Aku cuma tidak percaya akan dirinya setelah apa yang dia telah tunjukkan. Namun, dia ambil juga kesemua duit itu dan tidak pulang kerumah. Memang sah, dia akan habiskan duit berkenaan untuk berjudi. Aku penat sabar dengan apa yang dia buat.

Sebelum ini waktu aku dalam pantang, aku percaya pada dirinya dengan memberikan kad bank aku. Tetapi aku tidak tahu apa yang dia buat dengan duit berkenaan. Duit gajinya pun aku tidak pernah nampak. Malah kesemua barang kemasku dia pajakkan. Aku tidak tahu sampi bila barang kemas aku tu disana. Aku malu pada keluarga aku, adik aku. Aku memang rasa menyesal dan amat susah bila aku berkahwin dengannya. Perangai dia sikitpun tidak pernah berubah. Aku betul2 menyesal. Anak pun dier tidak ambil endah. 

Sekarang keluarga aku telah nmpak perangai sebenarnya. Aku sudah tidak mampu untuk sembunyikan lagi kesemua perbuatan dia. Apa yang aku fikir sekarang, kalau memang lepas ini jodoh kami tidak panjang, aku rela. Aku pasrah. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku. Bukan sebab aku mempunyai orang lain tapi demi masa depan aku dan juga anak aku. Sampai bila aku akan tanggung penderitaan ini. Aku ingin hidup bebas bukan bermakna bebas dari semua hal. Aku ingin keluar berjumpa kawan, dia tidak pernah bagi. Tapi bila dia, melepak sana sini, balik lewat mllm sampai tidak balik rumah, boleh pula?

Aku tunggu sahaja apa yang dia mahu buat. Berkenaan hutang yang selama ini aku yang tanggung, akan aku teruskan sampi habis kesemua hutang itu. Aku pasrah dengan apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment